Sunday, July 18, 2010

Sudah lama tidak menulis

Salam ukhuwwah



Sudah lama jejari ini tidak menari - nari menekan papan kekunci guna mencoret sesuatu yang dirasakan perlu..Namun hari ini terasa seperti dihembus semangat asing untuk menulis sesuatu yang penting bagi diri.. Kebelakangan ini saya diulit dengan pelbagai isu ,dari isu antarabangsa hingga isu peribadi.. semua isu ini saya cuba hadapi dengan objektif dan tanpa prejudis, bahkan saya cuba melihatnya dengan dokongan pembacaan terhadap latar belakang isu -isu ini. Saya cuba mengambil pendekatan empati..iaitu membanyangkan jika saya berada di dalam situasi tersebut..tetapi itu tidak menghalang saya untuk mengkritik dan memberi pandangan yang kontra..saya seolah olah bermonolog sendirian..berlaku penghujahan yang jawapan dan hujahnya saya sendiri tampilkan.. apakah ia benar atau tidak itu soal kedua, apa yang penting saya cuba mencari hujah dan alasan yang boleh mengeyangkan minda saya serta menenangkan jiwa saya.



Sehingga kini saya masih belum berupaya menemui apa yang menjadi keghairahan saya, maksud saya apa yang ingin saya capai dari sudut ilmu dan kerjaya, juga keluarga dan individu..

pesoalan ilmu contohnya amat membelenggu pemikiran saya tika ini.. saya sulit memikirkan pertembungan yang berlaku di antara kelompok salafi dan tradisional.-istilah ini perlu ditafsir dalam konteks semasa-.Belenggu ini berpunca daripada kedangkalan ilmu yang saya miliki dalam menanggapi salasilah pertembungan bahkan saya pernah dan sedang melalui dua madrasah ini dari sudut pengalaman intelektual dan peribadi.. sehingga kini saya menghormati kedua-dua aliran ini yang diwarnai dengan pelbagai corakan idea dan falsafahnya yang tersendidri dengan mengakui sumbangan serta jasa yang telah disumbangkan di dalam perkembangan Islam. Jujur saya akui, bagi mereka yang menganuti salah satu dari dua aliran ini tanpa mempunyai fondasi yang kukuh ia bisa menjerumuskan ke dalam perdebatan dan kefanatikan yang melelahkan. Dari satu sudut , saya melihat pemikiran liberal yang semakin mengcengkam pemikiran umat sama ada secara sedar atau tidak.. Saya mengatakan begini kerana semakin hari sifat liberal kalangan umat semakin terserlah, ia ditandai dengan tersebarnya pemikiran keterbukaan tanpa batasan yang melingkari masyarakat tika ini.. mungkin ini anggapan yang agak umum atau di luar konteks taetapi ini lah yang berlaku walaupun ia tidak disedari secara umum..Saya cuba mengamati setiap fenomena ini dengan menelusuri kerangka asasnya bermula dengan fahaman - fahaman yang terbentuk dari sisi ilmiah..lantas cuba mengambil jalan tengah untuk mengimbangi di antara dua..saya kira sikap bersederhana adalah jalan keluar kepada pertembungan yang mencederakan umat sama ada dari sisi minda dan fizikal.. cumanya kebanyakan kita belum mampu menjadi sederhana -istilah ini juga perl;u dimaknai-dalam tuntutan yang sebenar..akhirnya saya mempelajari sesuatu bahawa saya perlu terus belajar dan belajar tidak kira dari sisi manapun.. kerana semuanya mampu memberikan justifikasi walaupun sedikit..



Islam yang menjadi pegangan dan anutan serta penyelamat kita sewaktu berhadapan dengan Rabbul Jalil adalah sebuah agama dan kehidupan. Cumanya sejauh mana ia difahami dengan benar.. Apakah kita mahu melihat Islam menjadi punca dan sumber pertelgahan..Muslim bertempur sesama sendiri atas nama Islam..di mana kah rahmatnya Islam jika iatu yang berlaku.. akhirnya ada yang kecewa lantas keluar daripada wacana yang sebenar lalu membina wacana yang liberal refleks kepada kekecewaan ini.. bersambung..